Monday, 19 December 2011

karangan dapat A

generasi yang berkualiti ialah generasi yang sentiasa menyaingi peradaban dunia semasa dan mempunyai nilai kemerdekaan yang tinggi dengan keutuhan jati diri. melentur buluh biarlah daripada rebungnya, ungkapan yang cocok diberikan untuk generasi kini yang bakal membawa nama malaysia di persada antarabangsa.

jati diri anak bangsa negara merupakan titik tolak membangunnya sesebuah negara, kerana 90 peratus daya penggerak wawasan negara di genggam oleh generasi muda dan selebihnya dijunjung oleh segenap warga tercinta. generasi yang melupakan erti kemerdekaan ialah generasi yang cetek pengetahuan sejarahnya. jadi, demi memastikan perkara ini lenyap dan terhapus, maka peranan ini dibawa di atas bahu tenaga pendidik di sekolah. bukan sekadar mendidik tetapi menyemai nilai-nilai budi pekerti yang semakin pudar dalam jiwa sanubari anak-anak bangsa. tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuh lah bangsa. peranan pembelajaran sejarah harus diperkasakan. dengan menitikberatkan subjek sejarah, anak bangsa tidak akan lari dari landasan. mempelajari sejarah negara dengan mendalam, memahami tentang nilai kemerdekaan yag telah diperoleh daripada generasi sebelumnya. sejarah tak akan mampu diubah. andainya pendidikan awal di sekolah bermasalah, maka tidak hairanlah generasi kini melupakan erti kemerdekaan. tugu negara hanya sebagai nisan semata-mata, muzium dibiar berdebu tanpa pengunjung, lakaran indah di dinding dibiar berhabuk, dan sejarah dibiar mati ditanam sendiri.

2 comments: