2 tahun aku berentap di pentas padu.. tapi sayang kedua2nya kecundang di pentas suku akhir.. sedih, dan teramat sedih.. PADU memberikan aku pengajaran..
disini bermula sebuah cinta.. aku mengenal pantun sebagai sebuah jiwa.. bermula perjalanan ke tanah Cik Siti Wan Kembang.. dan menyusuri 3 perlawanan saringan.. perlawanan pertama, cukup menakutkan, apabila di temukan dgn juara tahun lepas, restu.. tapi sedaya upaya cuba memberikan yg terbaik.. tapi kecundang juga akhirnya,
seterusnya, bertemu pasukan yang cukup mendebarkan, daripada aman damai.. alhamdulillah, sebelum perlawanan di suntik oleh seorang senior pantun dari sekolah kak gie.. lantas di anugerahkan pemantun terbaik pada saringan ini, dan Tekun berjaya. berpindah ke saringan ketiga.. kali ini keadaan cukup letih.. pasukan Jaya menjadi pilihan.. dalam kelaparan, di gagahkan untuk berjuang.. alhamdulillah menang di saringan ketiga..
seterusnya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir, di pertemukan dgn pasukan di bawah bimbingan kekanda Aizul.. cukup menggerunkan.. kerana mereka mendapat tempat ke 3 pada tahun lepas.. ketika ini, segala yang ada di curahkan, dan sehabis baik telah di lakukan.. namun, rezeki itu tidak berpihak kepada kami, tersungkur di suku akhir.. sedih, pilu, kecewa, tetapi redha, ikhlas, pasrah dan menyerah..
sudahlah hancur hati kerana menanggung kekalahan di tanah orang, pulang ke tanah sendiri malah di terima sindiran.. mungkin itulah selayaknya.. jadi dengan itu, aku telah bertapa di air jatuh, 7 hari 7 malam, untuk mencari penyelesaian, maka dengan ini, aku menarik diri daripada pentas PADU.. cukuplah 2 tahun pengalaman yang manis bersulamkan pahit..
segalanya ketentuan ilahi, tiada yang dapat menolaknya..
daunan layu di ambil kanda,
gugur di titi patah meranti,
pantun melayu pusaka ibunda,
tetap dihati terkunci mati